Nanas adalah salah satu buah tropika yang banyak digemari orang terutamanya di negara kita. Nanas
memberikan rasa asam sehingga buah satu ini banyak digunakan sebagai
hidangan masakan seperti rojak atau sebagai pelengkap lainnya
pada resipi masakan. Mendapatkan nanas untuk saat ini bukanlah perkara yang susah kerana
buah satu ini boleh didapati dengan mudah di pasar raya ataupun pasaran
tradisional.
Untuk anda yang gemar makan buah nanas, ini ada berita gembira yang berkaitan dengan kebiasaan anda ini. Ternyata memakan buah nanas banyak sekali manfaatnya untuk kesihatan, apa saja manfaatnya? Ini dia 6 manfaat memakan nanas yang perlu anda ketahui.
6 Manfaat Mengambil Buah Nanas yang Harus Anda Ketahui
1. Mencegah degenerasi makula
Manfaat nanas yang pertama adalah dapat mencegah degenerasi makula iaitu keadaan yang dialami orang dewasa yang berhubungan dengan masalah penglihatan. Keadaan ini akan menyebabkan penderitanya sukar untuk membaca dan mengenali sesuatu yang dilihatnya. Namun, adanya zat karotena yang ada dalam nanas dapat mencegah terjadinya risiko keadaan ini.
2. Meningkatkan sistem imun
Kandungan Vitamin C yang ada dalam buah nanas dipercaya dapat meningkatkan sistem imun atau kekebalan tubuh. Hal ini kerana adanya kesan antioksidan yang terdapat dalam buah nanas. Selain itu, adanya juga kandungan zat asam amino pada buah nanas dipercayai dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh sehingga tubuh tidak mudah letih.
3. Melancarkan proses pencernaan
Nanas juga mengandung serat yang cukup tinggi sehingga apabila dimakan secara teratur dapat melancarkan proses pencernaan dan dapat menjaga kesihatan usus.
4. Memperkukuhkan kuku
Apabila tubuh kurang pengambilan Vitamin A maka akan membuat kuku menjadi rapuh dan ini akan memburukkan lagi penampilan. Apabila kekurangan Vitamin B akan menyebabkan kuku retak dan terbelah akan tetapi dalam mengatasi masalah ini anda dapat memakan nanas. Anda boleh mengoleskan nanas di kuku anda atau boleh juga dengan mengambilnya secara teratur untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
5. Mencegah hipertensi
Apabila anda mengalami masalah darang tinggi tentu saja akan berupaya bagaimana cara agar tekanan darah tersebut kembali stabil. Dalam menstabilkan darah ini dapat dengan makan nanas, sebab nanas mengandungi sodium yang cukup rendah sehingga dapat menjaga tinkat tekanan darah yang normal.
6. Menjaga kesihatan bibir
Buah nanas ini sama saja manfaatnya dengan minyak kelapa yaitu dapat membantu dalam mengatasi masalah bibir pecah-pecah. Selain itu, dengan makan nanas dan minyak kelapa sangat bermanfaat bagi tubuh kerana kaya akan kandungan gizi. Selain itu campuran antara minyak kelapa dan nanas akan memberikan kilau semula jadi pada bibir anda.Itulah 6 Manfaat mengambil buah nanas untuk kesihatan dan kecantikan. Semoga dengan adanya maklumat ini bermanfaat dan membantu anda.

Comments
Post a Comment