Mungkin banyak orang yang tidak mengetahui buah satu ini, iaitu buah cermai. Buah cermai dengan nama latin 'Phyllanthus ácidos' adalah salah satu buah yang dapat tumbuh di mana-mana tempat. Buah
dengan bentuk seperti bunga padat bewarna kuning terang kehijauan dan
dagingnya bewarna kuning keputihan ini banyak sekali manfaatnya. Apa saja manfaat dari buah cermai ini? Berikut ini adalah 8 manfaat memakan buah cermai untuk kesihatan.
8 Manfaat Mengambil Buah Cermai Untuk Kesihatan
1. Sebagai pelangsing
Buah cermai boleh melancarkan pencernaan sehingga baik dimakan sebagai pelangsing badan. Oleh sebab itu, memakan buah asam ini boleh membuat perut menjadi lebih singset apabila anda rutin mengambilnya. Selain itu, rasa asam pada buah dapat membuat pencernaan teratur dan nafsu maka sedikit berkurang.
2. Meningkatkan sistem imun
Cermai mengandungi nutrisi yang dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Nutrisi ini seperti kandungan flavanoid yang bermanfaat sebagai antioksidan tetapi jangan berlebihan dalam memakannya.
3. Tulang menjadi sihat
Manfaat selanjutnya dapat menyihatkan tulang kerana adapanya kandungan kalsium dan zat besi yang terdapat dalam buah ini. Buah inilah yang bermanfaat dalam menyihatkan tulang agar tetap kuat dan tidak keroposos.
4. Baik untuk pertumbuhan
Mengambil buah cermai juga tidak akan menganggu pertumbuhan dan malah baik untuk membantu pertumbuhan kerana adanya kandungan nutrisi yang baik untuk tubuh.
5. Merawat masalah sembelit
Buah cermai kaya akan kandungan Vitamin C yang bermanfaat dalam merawat masalah sembelit. Oleh sebab itu, memakan buah cermai boleh melancarkan saluran pencernaan dan mengatasi masalah sembelit. Sama dengan buah bervitamin C lain buah ini sangat baik dikonsumsi dalam membersihkan usus.
6. Mengatasi asma
Penghidap penyakit asama boleh memakan buah cermai kerana dipercayai dapat meminimakan keadaan yang disebabkan oles asma. Caranya dengan merebus enam biji buah cemai yang telah dipotong ke dalam beberapa gelas air. Kemudian tambahkan bawang merah, akar kara, lengkeng dan jangan lupa menambah gula sesuai selera anda. Minumlah ramuan ini sampai asma yang anda rasakan berkurang.
7. Meringankan masalah kanser
Untuk manfaat satu ini sebaiknya anda rujuk terlebih dahulu kepada doktor kerana kanser setiap orang akan berbeza. Namun banyak yang mengatakan bahawa buah cermai yang dicampur dengan daun belimbing, bidara upas, gadung cing dan gula boleh dimanfaatkan sebagai peringan masalah kanser. Caranya dengan merebus semua bahan dan minum airnya.
8. Menyehatkan kulit
Agar kulit tetap cerah, bersih dan lembut maka anda boleh mengambil buah cermai kerana kaya akan kandungan Vitamin C. Selain itu untuk masalah jerawat atau kulit kusam boleh diatasi dengan menggunakan buah cermai.
Itulah 8 manfaat memakan buah cermai yang perlu anda ketahui.

Comments
Post a Comment