Mitos tentang kopi rupanya masih banyak yang dipercaya hingga saat ini. Padahal sudah banyak kajian yang mendedahkan hakikat sebenarnya yang memecah mitos-mitos tersebut. Bagi pencinta kopi tentu ini menjadi perkara penting yang wajib diketahui. Untuk itu mari kita kupas 5 fakta pemecah mitos tentang minum kopi ini.
Kopi Menyebabkan Insomnia
Hakikatnya mereka yang terbiasa minum kopi secara rutin tidak mengalami insomnia. Justru
Tidak Boleh Minum Kopi Jika Sedang Berobat
Kopi boleh Memulihkan Seseorang yang sedang Mabuk
Kopi Membuat Pergantungan
Kafein Meningkatkan Risiko Serangan Jantung
Kopi Menyebabkan Insomnia
Hakikatnya mereka yang terbiasa minum kopi secara rutin tidak mengalami insomnia. Justru
mereka yang jarang mengambil kopi yang sering terkena kesan ini. Itulah sebabnya untuk mengatasinya sebaiknya anda tidak minum kopi selepas jam 5 petang.
Tidak Boleh Minum Kopi Jika Sedang Berobat
Kandungan
kafein memang boleh melemahkan kerja beberapa jenis ubat seperti ubat
anti-kemurungan, ubat tidur / ubat bius, atau ubat stress. Namun hal ini baru berlaku bila pengambilan kopi dilakukan dalam jumlah besar. Sementara untuk ubat jenis lain tidak berpengaruh, lebih-lebih lagi jika hanya 1 atau 2 cawan sahaja.
Kopi boleh Memulihkan Seseorang yang sedang Mabuk
Faktanya kafein tidak dapat mengubah pelbagai gangguan akibat pengaruh alkohol yang berlebihan. Kopi hanya akan membuat orang yang mabuk tetap terjaga, bukan membuat mereka menjadi lebih tenang.
Kopi Membuat Pergantungan
Faktanya ini bergantung pada sensitiviti setiap orang pada kafein. Jangankan
kopi, jika seorang individu memang mempunyai sensitiviti untuk
ketagihan, 3 gelas minuman cola juga sudah dapat membuatnya ketagihan. Sebaliknya jika seseorang tidak mempunyai sensitiviti yang tinggi
untuk ketagihan maka bergelas-gelas kopi yang ia minum tidak berpengaruh
apa-apa untuknya.
Kafein Meningkatkan Risiko Serangan Jantung
Hakikatnya pada orang sihat tahap pengambilan kopi sedang tidak mempunyai kesan yang buruk terhadap jantung. Hingga
saat ini belum ada kajian yang mendapati bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara minum kopi dengan serangan jantung. Justru sebaliknya minum kopi dalam jumlah tertentu justeru dapat mengurangkan risiko orang yang sihat terkena serangan jantung.Itulah beberapa fakta yang memecah mitos tentang kopi. Semoga dapat membuka mata anda mengenai kebenaran di sebalik mitos-mitos tentang kopi yang anda percaya selama ini. Satu perkara penting yang harus diingat bahawa apa-apa yang berlebihan akan menimbulkan akibat yang tidak baik. Jangan salahkan kopi! ***
Comments
Post a Comment