Sengkuang (Pachyrhizus erosus) atau ubi sengkuang, merupakan tanaman yang bentuknya mirip ubi namun lebih bulat dan saiz relatif lebih besar. Batangnya menjalar di atas permukaan tanah dengan rambut-rambut halus yang mengarah ke bawah tanah. Panjang tanaman sengkuang boleh mencapai 4 hingga 5 meter. Daging buah sengkuang berwarna putih bersih dan berair, memunculkan sensasi menyegarkan ketika kita memakannya.
Tanaman ini berasal dari Mexico, Amerika Selatan. Di sana sengkuang disebut xicama atau jicama. Menurut beberapa sumber, seorang pelayar Sepanyol membawa tumbuhan ini ke kawasan Asia pada abad ke-17. Ia masuk ke Indonesia melalui Ambon. Di Indonesia bernama Bengkuang. Dari situ lah mula dikenali lebih luas sampai Malaysia, bahkan bengkuang ditanam khas di Jawa, Madura, dan beberapa kawasan lain yang berdataran rendah.
Sengkuang adalah bahan makanan yang dapat langsung dimakan dan boleh juga diolah dengan pelbagai macam makanan lain seperti rojak, manisan, sup dan lain-lain.
Bengkuang mengandung pachyrhizon, inulin, vitamin B1 dan vitamin C. Umbinya mengandungi zat pati, kalsium dan fosforus dengan kandungan air sebanyak 86 hingga 90 peratus. Kandungan airnya yang kaya mempunyai kesan menyejukkan tubuh.
Rasa sikit manis pada sengkuang berasal dari inulin. Di beberapa negara inulin digunakan sebagai pengganti gula. Inulin juga dikenali sebagai sumber prebiotik yang merangsang pertumbuhan bakteria baik dalam usus. Selain itu inulin juga berperanan sebagai serat makanan yang membantu menstabilkan kadar lemak dalam darah. Bersama dengan bakteria dalam usus, inulin dapat melancarkan proses buang air besar.
Tidak hanya itu, ubi sengkuang juga mempunyai pelbagai khasiat lain, antaranya:
• Melegakan gejala buasir• Membantu mengatasi demam• Menstabilkan kadar gula dan kolestrol• Mencegah pengeluaran asam lambung berlebih• Membantu menyembuhkan sariawan• Membantu mengatasi penyakit beri-b
![]() |
| "Singkamas" by Alex Pronove - Me. I took this photo last week in Quezon, Palawan, Philippines.. Licensed under GFDL via Commons |

Comments
Post a Comment