Skip to main content

10 Bahan Makanan Sahabat Jantung

   Kopi dikatakan boleh sebabkan sakit jantung tetapi ada pula yang bercakap bahawa kopi baik bagi kesihatan jantung. Bagaimana pros & cons masih bergantung pendapat masing-masing orang. Cuba kita kenal dengan makanan lain untuk jantung sihat.

   Serangan jantung boleh menyerang siapa saja, baik usia tua maupun muda. Bahkan orang yang bergaya hidup sihat sekalipun boleh terkena serangan jantung. Serangan jantung atau myocardial infraction merupakan kematian otot jantung yang berlaku secara mendadak, disebabkan kerana arteri koronari tersumbat oleh sel-sel darah beku atau plak. Kopi mengurangkan risiko orang yang sihat terkena serangan jantung

   Salah satu penyebab terbentuknya plak, pembekuan sel-sel darah, serta penyumbatan pembuluh darah jantung adalah kadar kolestrol yang terlalu tinggi.

   Anda boleh mecegahnya dengan memakan segenggam walnut setiap hari sehingga dapat mengurangkan level endothelin, kompaun pencetus tersumbatnya arteri. Faktor risiko penyakit jantung

   Banyak rujukan mencatat bahawa manfaat yang sama juga boleh diperolehi dari beberapa makanan lain, diantaranya sebagai berikut:

10 Bahan Makanan Sahabat Jantung

Asparagus

1. Asparagus
Asparagus kaya saponin, fitokimia yang boleh mengikat asid hempedu dan kolesterol, dan berperanan mencuci sebatian lemak di dalam tubuh. Asparagus juga mengandungi bahan-bahan antiradang seperti folat dan vitamin C dan D.

Ubi

2. Ubi
Semakin tajam warnanya, semakin baik nutrisinya. Ubi termasuk sayur-sayuran yang baik kerana mengandungi karbon-antioksidan yang berpotensi. Saat masih tumbuh di alam, kandungannya itu membuatnya lebih kebal terhadap sinar matahari. Setelah kita konsumsi, kompaun-kompaun tadi bekerja melindungi jantung dari serangan radikal bebas.


Coklat Hitam

3. Coklat Hitam
Sebuah kajian dari Scranton University, Pennsylvania, menunjukkan bahawa memakan kira-kira 6 auns coklat hitam (yang kadar kokoanya lebih dari 75 peratus) setiap hari boleh menghalang aterosklerosis (penyumbatan pembuluh darah), menurunkan kadar kolestrol jahat dan trigliserida, serta meningkatkan kolesterol baik dan melindunginya dari pengoksidaan.


Limau

4. Limau
Para penyelidik di Hebrew University, Yerusalem, pada tahun 2006 melaporkan bahawa flavanon dalam jeruk mampu menurunkan kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL. Kerana itu orang-orang dengan kolesterol tinggi disyorkan untuk makan buah limau, anggur dan lemon.



Teh Hijau

5. Teh Hijau
Teh hijau mempunyai lebih sedikit kafein daripada teh hitam atau oolong. Maka dari itu teh hijau sesuai untuk dimakan sesudah makan. Manfaat dari the hijau dan oolong diantaranya mengandungi vitamin A, C, E, tanin, dan flavanoid yang berperanan membantu meluruhkan atau membuang karsinogen dan memerangi sel kanser.


Ikan Hering

6. Ikan Hering
Ikan hering mempunyai kadar asid lemak omega-3 yang paling tinggi. Omega-3 terbukti berkesan mengurangkan level trigliserida dan penyumbatan pembuluh darah. Kita boleh memperoleh sekitar 2 gram pengambilan omega-3 dengan mengambil 3 auns ikan hering segar,


Betik

7. Betik
Betik atau papaya yang berasal dari Mexico, merupakan sumber enzim pencernaan dan potasium yang berperanan menjaga kekuatan otot jantung. Kandungan potasium dalam pepaya juga lebih tinggi berbanding dengan pisang. Betik saiz sedang mempunyai 781 mg potasium sementara pisang dengan saiz yang sama hanya mengandungi 371 mg potasium.


Kenari

8. Kenari
Seperti yang telah disebutkan tadi, segelintir walnut setiap hari boleh mencegah penyumbatan pembuluh darah yang berujung pada penyakit jantung. Selain dipanggang dan dimakan langsung, kita juga boleh mengambil kenari dalam bentuk sos. Caranya, haluskan kenari bersama sedikit susu, beberapa jenis sayur-sayuran dan bumbu sesuai selera.


Plum

9. Plum & Kismis Kering
United States Department of Agriculture (USDA) menyebutkan bahawa plum kering mengandungi antioksida dua kali ganda lebih tinggi berbanding blueberry. Plum kering juga kaya serat yang bermanfaat bagi jantung. Sekitar 3.5 auns plum kurang lebih dapat memenuhi 25 peratus keperluan serat harian.


Oatmeal

10. Oatmeal
Serat larut dalam oat boleh mengikat kolesterol jahat dan mengeluarkannya dari dalam tubuh. Gandum sendiri juga terkenal sebagai sumber protein, kalsium, zat besi, magnesium dan zat mineral yang lain serta vitamin E.

 -- Kopi Luwak Malaysia --

Comments

Popular posts from this blog

Proses Pengolahan Kopi Kering Secara Tradisional

Proses pengolahan kopi kering adalah proses pengolahan kopi yang lebih banyak dilakukan oleh para petani kopi . Bagi petani kecil , membeli alat pengupas buah yang disebut pulper cukup menguras banyak wang mereka . Akhirnya mau tak mau pilihan jatuh pada proses pengolahan kopi dengan teknik kering . Walaupun secara berkualiti memang tidak seterjamin pemprosesan kopi basah namun hasilnya tetap dapat dinikmati . Berikut ini perjalanan pemprosesan kopi yang dilakukan tanpa mesin atau proses kering : Sorting dilakukan untuk memilih buah kopi yang sudah matang. Jika buah kopi yang tersedia yang terlanjur matang dan yang kurang matang maka cara ini sangat tepat untuk dipilih. Penyortiran ini menyingkirkan kopi yang belum matang dan kotoran-kotoran yang terdapat pada buah kopi hasil tuaian. Untuk kopi arabika pengeringan dilakukan di bawah sinar matahari dengan dijemur sehingga kadar airnya tersisa ...

8 Manfaat Buah Cermai Bagi Kesihatan

   Mungkin banyak orang yang tidak mengetahui buah satu ini, iaitu buah cermai. Buah cermai dengan nama latin 'Phyllanthus ácidos' adalah salah satu buah yang dapat tumbuh di mana-mana tempat. Buah dengan bentuk seperti bunga padat bewarna kuning terang kehijauan dan dagingnya bewarna kuning keputihan ini banyak sekali manfaatnya. Apa saja manfaat dari buah cermai ini? Berikut ini adalah 8 manfaat memakan buah cermai untuk kesihatan. 8 Manfaat Mengambil Buah Cermai Untuk Kesihatan 1. Sebagai pelangsing Buah cermai boleh melancarkan pencernaan sehingga baik dimakan sebagai pelangsing badan. Oleh sebab itu, memakan buah asam ini boleh membuat perut menjadi lebih singset apabila anda rutin mengambilnya. Selain itu, rasa asam pada buah dapat membuat pencernaan teratur dan nafsu maka sedikit berkurang. 2. Meningkatkan sistem imun Cermai mengandungi nutrisi yang dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Nutrisi ini seperti kandungan flavanoid yang berman...

6 Manfaat Nanas Untuk Kesihatan dan Kecantikan

   Nanas adalah salah satu buah tropika yang banyak digemari orang terutamanya di negara kita. Nanas memberikan rasa asam sehingga buah satu ini banyak digunakan sebagai hidangan masakan seperti rojak atau sebagai pelengkap lainnya pada resipi masakan. Mendapatkan nanas untuk saat ini bukanlah perkara yang susah kerana buah satu ini boleh didapati dengan mudah di pasar raya ataupun pasaran tradisional.    Untuk anda yang gemar makan buah nanas, ini ada berita gembira yang berkaitan dengan kebiasaan anda ini. Ternyata memakan buah nanas banyak sekali manfaatnya untuk kesihatan, apa saja manfaatnya? Ini dia 6 manfaat memakan nanas yang perlu anda ketahui. 6 Manfaat Mengambil Buah Nanas yang Harus Anda Ketahui 1. Mencegah degenerasi makula Manfaat nanas yang pertama adalah dapat mencegah degenerasi makula iaitu keadaan yang dialami orang dewasa yang berhubungan dengan masalah penglihatan. Keadaan ini akan menyebabkan penderitanya sukar untu...