Semua orang pasti tahu buah mengkudu, tanaman ini biasa tumbuh di dataran rendah sampai dengan ketingginan 1500 m. Pokok ini juga boleh tumbuh dengan tinggi mencapai 3-8 meter dan mempunyai bunga bongkol bewarna putih. Dengan buah majmuk dan jika masih muda bewarna hijauh berkilat dan
jika tua bewarna putih dengan bintik-bintik hitam ternyata banyak sekali
manfaatnya untuk kesihatan.
Apa saja manfaat dari mengambil buah mengkudu? Ini dia manfaat mengambil buah mengkudu yang perlu anda ketahui.
8 Manfaat Mengambil Buah Mengkudu
1. Bermanfaat meningkatkan daya tahan tubuh
Mengkudu mengandungi Vitami, mineral dan beberapa bahan lain yang berguna untuk tubuh. Kesemua nutrisi tersebut bermanfaat dalam meningkatkan sistem imun atau kekebalan tubuh. Selain itu, adanya kajian yang menunjukkan bahawa dengan minum jus mengkudu dapat melindungi tubuh dari masalah radikal bebas.
2. Anti inflamasi
Sifat anti inflamasi yang ada dalam sari buang mengkudu bermanfaat dan terbukti dalam mencegah terjadinya keradangan serta dapat menurunkan risiko terkena serangan penyakit jantung.
3. Analgesik
Buah mengkudu dipercayai boleh digunakan sebagai ubat penghilang rasa sakit dan daunnya juga boleh dimanfaatkan sebagai meredakan sakit kepala. Bahkan orang dahulu sering menggunakan daun mengkudu dalam mengatasi rasa sakit sendi. Ini kerana dalam buah mengkudu adanya kandungan analgesik sebanyak 75% yang berkesan sebagai morfin sulfat yang dapat mengurangkan kesakitan sendi.
4. Melawan kuman dan bakteria
Ada beberapa kandungan dalam buah mengkudu seperti antrakuinon dan skopoletin bermanfaat dalam menankal kuman dan bakteria. Selain itu boleh juga melawan cendawan dan parasit sehingga dapat memelihara kesihatan kulit dan badan.
5. Anti kanser
Telah ada kajian yang mengatakan bahawa sebatian 2-methoxy yang ada pada buah mengkudu dapat mencegah kerosakan DNA dan kanser bahkan sangat bermanfaat dalam menjaga sel-sel sihat yang ada dalam tubuh.
6. Menyeimbangkan tekanan darah
Kandungan nutrisi yang ada pada buah mengkudu dapat mencegah terjadinya penyakit darah tinggi. Oleh sebab itu demi menjaga tekanan darah agar tetap stabil anda boleh mengambil jus mengkudu atau makanan tambahan.
7. Baik untuk pesakit hipertensi
Bagi pesakit hipertensi mengambil buah mengkudu amat baik untuk kesihatan. caranya dengan menyediakan dua buah mengkudu yang telah masak dan satu sudu makan madu. Kemudian peras mengkudu sampai airnnya keluar lalu campur dengan madu dan saring. Minumlah ramuan ini dua hari sekali.
8. Mengatasi masalah demam
Demam seperti masuk angin dan influenza boleh diatasi dengan menggunakan buah mengkudu. Caranya dengan menyiapkan satu buah mengkudu dan satu rimpang kencur dan rebus semua bahan dengan dua gelas air hingga mendidih. Angkat rebus hingga tersisa setengah air lalu saring dan minum dua kali sehari, iaitu pagi dan petang.
Itulah 8 manfaat mengambil buah mengkudu untuk kesihatan, semoga adanya maklumat ini membantu dan bermanfaat.
Comments
Post a Comment